Berbaloi Ke Ambil Master Pendidikan? Ini Kelebihan Sambung Master Pendidikan
Pernah terfikir nak sambung master dalam pendidikan, tetapi teragak-agak? Ada yang risau peluang pekerjaan susah nanti, ada yang rasa tak berbaloi. Namun, berbaloikan sebenarnya? Setiap orang mestilah ubah niat tu dulu sebenarnya. Jangan niat nak sambung belajar untuk dapat kerja atau gaji tinggi sahaja, pastikan anda tetapkan niat sambung belajar untuk dapatkan ilmu pengetahuan.
Nak tahu apa kelebihan lain sambung pengajian master selain daripada dapat tambah ilmu? Seorang wanita yang tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik) dan telah berjaya bekerja ini kongsikan apa kelebihan sambung pengajian Master yang anda perlu tahu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kelebihan sambung pengajian peringkat Master dalam Pendidikan seperti yang dikongsikan oleh wanita melalui laman Twitter ini.
Isi Kandungan
PERMINTAAN BIDANG PENDIDIKAN SEMAKIN TINGGI
Permintaan tahap pendidikan dalam bidang pendidikan semakin lama semakin tinggi. Dahulu ada diploma boleh jadi pensyarah politeknik sekarang semua perlu sambung degree malah lebih lagi. Begitu juga di universiti, dahulu ada master sahaja atau degree boleh juga jadi pensyarah. Sekarang sesetengah universiti, semua pensyarah perlu ada pangkat Doktor Falsafah. Tidak mustahil suatu hari nanti yang mengajar di sekolah pun perlukan master.
Seperti beliau mengajar di kolej vokasional kebanyakan pensyarah ada master/ sedang sambung. Menurut mereka, persediaan jika Kementerian mengarahkan pensyarah KV mengambil master. Oleh itu, dalam bidang pendidikan tidak rugi untuk ke peringkat lebih tinggi.
Tambahan dunia semakin maju, sekolah rendah pun sudah belajar untuk kekal teknologi. Mereka memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam bidang yang diceburi seiring kemajuan teknologi dunia.
KENAPA BERBALOI SAMBUNG MASTER?
Jika anda dalam bidang pendidikan, sangat berbaloi sambung master kerana ada 3 sebab berdasarkan perkongsian beliau:
- Dapat banyak pengalaman belajar boleh digunakan ketika sudah mengajar
- Persediaan jika ingin sambung PhD
- Tangga gaji yang berbeza dengan peringkat degree
1) Pengalaman
Ketika sambung master sama ada course work atau research, kita akan belajar sesuatu yang lebih mendalam dalam bidang yang diceburi. Pengalaman yang ada, boleh dijadikan modal untuk mengajar didalam kelas supaya pelajar lebih jelas tentang sesuatu topik.
2) Persediaan Sambung PhD
Master merupakan persediaan untuk sambung peringkat PhD. Cara penulisan, kajian dan persediaan sama sahaja lebih kurang seperti PhD. Jika nak sambung PhD selepas Master jangan risau kerana prosesnya sama.
3) Tangga gaji berbeza
Pasti ramai yang suka yang ini kan? Jika kita kena posting dengan gred DG41 namun jika mempunyai master, tangga gaji kita akan lebih daripada pemegang degree pendidikan.
Menurut seorang pensyarah, nak sambung belajar niat kena betul. Jika gaji yang dikejar, gaji besar sahajalah yang kita dapat. Jika niat nak kembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang diceburi, inshaAllah kita akan dapat ilmu yang berpanjangan.
Selamat majuu jaya kepada mereka yang ingin sambung belajar, terutamanya dalam bidnag pendidikan.
Semoga bermanfaat!