Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Semakan Kelayakan Ujian Penilaian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 – Guru MARA

Oleh Cikgu Shaari • May 31, 2022 • 2 min baca

Semakan Kelayakan Ujian Penilaian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 – Guru MARA
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited.

Pada April 2022 lalu, MARA telah membuka tawaran kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA Gred DG41 bagi menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia.

Kini, calon yang telah hantar permohonan sehingga 25 April 2022 lepas dah boleh buat semakan kelayakan ke ujian penilaian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA Gred DG41.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Nama jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji minimum: RM2,188.00

SEMAKAN KELAYAKAN UJIAN

Semakan kelayakan menduduki ujian penilaian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA Gred DG41 boleh dibuat pada:

  • Mulai 31 Mei 2022

Tarikh ujian penilaian adalah berbeza bagi setiap calon.

Untuk makluman anda, setiap calon yang berjaya melepasi tapisan syarat dan layak duduki ujian penilaian akan menerima pesanan ringkas SMS daripada MARA seperti berikut:

PANDUAN BUAT SEMAKAN KELAYAKAN UJIAN PENILAIAN

Bagi calon yang telah buat permohonan jawatan tetapi tidak menerima sebarang SMS seperti di atas, anda boleh semak kelayakan di pautan berikut:

 

TAWARAN JAWATAN KEPADA PEMOHON YANG LULUS

Pemohon yang lulus proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre) akan ditawarkan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg41. Mereka hendaklah setuju dan patuh dengan syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran beserta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

Pegawai Perkhidmatan pendidikan DG41 yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pendidikan/ Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang akan dikendalikan oleh MARA bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.