Program Jamin Kerja 2.0: 4 Kategori Pencari Kerja Yang Akan Diberi Keutamaan

Berita baik buat pencari kerja! Kementerian Sumber Manusia dengan kerjsama PERKESO telah memperkenalkan Program Jamin Kerja 2.0 yang bakal memberi manfaat kepada beberapa golongan pencari kerja yang dinyatakan. Melalui program ini, kategori yang disebutkan akan diberi keutamaan dalam mendapat peluang pekerjaan!

Jika anda atau kenalan anda termasuk dalam golongan yang dinyatakan ini dan masih sedang mencari kerja, ini merupakan peluang terbaik untuk anda! Jangan lepaskan peluang ini, pastikan anda buat pendaftaran pencarian kerja segera melalui saluran yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan kategori yang bakal diberi keutamaan dalam peluang pekerjaan melalui Program Jamin Kerja 2.0.

4 KATEGORI YANG DIBERI KEUTAMAAN

Inisiatif Jamin Kerja 2.0 lebih memberi keutamaan kepada pencari kerja daripada 4 kategori ini:

  • Wanita
  • Sektor pelancongan
  • Golongan rentan
  • Penggantian pekerja asing dan pegawai dagang

Jika anda atau kenalan anda termasuk dalam golongan yang dinyatakan ini dan masih sedang mencari kerja, ini merupakan peluang terbaik untuk anda.

MYFUTUREJOBS

MYFutureJob adalah satu portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya dilancarkan susulan program Penjana Kerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

Kini pencari kerja di Malaysia tidak perlu bimbang lagi jika tersalah pilih jawatan kerana dengan kemudahan “Hala Tuju Kerjaya Saya”, anda pasti mudah untuk memilih pekerjaan yang tepat dengan kemahiran yang anda ada!

Baca: Tak Pasti Kerja Apa Yang Sesuai Dimohon? Semak Kemahiran Diperlukan Bagi Jawatan Yang Anda Mahu Di MyFutureJobs

DAFTAR MYFUTUREJOBS

PERKESO menggalakkan semua rakyat Malaysia yang menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal ini.

Bagi yang belum pernah daftar MyFutureJobs untuk mencari pekerjaan, anda boleh buat pendaftaran sekarang dan mula buat permohonan pelbagai kerja dalam pelbagai bidang yang ditawarkan bagi mendapat peluang penempatan kerja.

Pencari kerja terutamanya 4 kategori di atas, pastikan anda daftar sekarang! Rujuk panduan pendaftaran MyFutureJobs dan permohonan di bawah:

PANDUAN DAFTAR MYFUTUREJOBS

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma