Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •Ramai Ingat Cuti Biasa, Rupanya Ini Sebab Sebenar Hari Pekerja Disambut (Sejarah & Hak Yang Ramai Tak Tahu) •Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei • Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •Ramai Ingat Cuti Biasa, Rupanya Ini Sebab Sebenar Hari Pekerja Disambut (Sejarah & Hak Yang Ramai Tak Tahu) •Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •

Senarai Kategori Permohonan Rayuan Yang Tidak Dibenarkan Buat Secara Online

Oleh Cikgu Shaari • May 9, 2022 • 2 min baca

Senarai Kategori Permohonan Rayuan Yang Tidak Dibenarkan Buat Secara Online
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Sejak semakan status permohonan BKM dibuka, ramai yang sudah lulus dan ada juga yang tidak lulus permohonan atas pelbagai sebab. Bagi yang dah lulus permohonan, pembayaran fasa pertama telah berjaya dibuat ke akaun masing-masing mengikut jadual pembayaran BKM yang ditetapkan.

Permohonan rayuan BKM yang yang tidak lulus permohonan dibuka secara online dan manual. Untuk makluman anda, ada beberapa kategori rayuan yang TIDAK DIBENARKAN dibuat secara atas talian.

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN MANUAL

Permohonan rayuan secara manual bagi permohonan rayuan yang tidak dibenarkan buat secara atas talian boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 9 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022

KATEGORI RAYUAN YANG TIDAK DIBENARKAN SECARA ONLINE

Berikut adalah permohonan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM 2022) yang TIDAK DIBENARKAN secara dalam talian:

  • Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian
  • Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain
  • Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
  • Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain
  • Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain
  • Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
  • Anak telah membuat permohonan lain
  • Anak wujud sebagai pasangan di permohonan lain

Bagi permohonan yang TIDAK LULUS BKM 2022 dengan Kod Tidak Lulus seperti dinyatakan di atas perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) dalam tempoh ditetapkan.

Baca juga: Kategori Pemohon Yang Layak Membuat Permohonan Rayuan BKM 2022

Pemohon yang ingin membuat permohonan rayuan dan bukan dari kategori yang dinyatakan di atas dinasihatkan untuk buat rayuan secara atas talian sahaja bagi mengurangkan kesesakan di kaunter LHDN.

Rujuk: Panduan Buat Permohonan Rayuan BKM 2022 Secara Atas Talian

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.