Kategori Pemohon Yang Layak Membuat Permohonan Rayuan BKM 2022

Untuk makluman anda, data penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara AUTOMATIK ke dalam sistem BKM untuk  diverifikasi kelayakan. Bagi pemohon baru yang telah buat permohonan sebelum ini, anda boleh semak status kelulusan tidak lama lagi.

Jangan risau jika tidak lulus permohonan! Pemohon masih lagi berkesempatan untuk buat permohonan rayuan BKM secara online pada tarikh yang ditetapkan. Nak tahu kategori yang layak buat permohonan rayuan BKM?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kategori yang layak membuat permohonan rayuan BKM 2022.

KATEGORI PEMOHON YANG LAYAK BUAT RAYUAN BKM

Pemohon yang layak membuat permohonan rayuan BKM 2022 adalah:

  • Pemohon yang berstatus TIDAK LULUS BKM 2022; atau
  • Pemohon yang berstatus LULUS BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Permohonan Tidak Lulus Kerana Tidak Melepasi Syarat Bujang

Permohonan BKM 2022 tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?

Pemohon Tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:

  • Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
  • Berumur 19 tahun – 20 tahun dan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa.

Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

Permohonan Penerima GKP Tidak Lulus

Anda penerima Geran Khas Prihatin tetapi Permohonan BKM 2022 berstatus Tidak Lulus atas alasan memiliki 3 atau lebih perniagaan milikan tunggal/ perkongsian? Layak ke terima BKM 2022?

Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepasi syarat kelayakan BKM 2022.

Rujuk: Syarat Kelayakan Penerima BKM 2022 Setiap Kategori

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat pada:

  • Secara dalam talian: mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022
  • Secara borang kertas: mulai 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022

Bagi pemohon yang buat permohonan rayuan kerana yakin bahawa anda memenuhi syarat kelayakan BKM 2022 yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dengan ikut panduan berikut:

PANDUAN PERMOHONAN BKM 2022

Rujuk: Maksud Kod Tidak Lulus BKM & Dokumen Diperlukan Untuk Buat Rayuan

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma