Daftar Karnival Outreach Perak & Sertai Temuduga Kerja Online. Bantuan RM1,000 Jika Dapat Kerja

Panggilan buat graduan yang masih menganggur di negeri Perak! Pihak PERKESO Negeri Perak akan mengadakan temuduga tertutup secara atas talian bagi membantu graduan mendapatkan peluang pekerjaan dan mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan.

Graduan yang berminat nak ikuti karnival kerjaya secara atas talian ini boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum 24 September 2021. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga pada 25 September 2021 (Sabtu).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kerja yang ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Karnival Outreach
  • Anjuran: PERKESO Negeri Perak
  • Tarikh temuduga: 25 September 2021
  • Masa temuduga: 8 pagi hingga 1 petang
  • Kaedah temuduga: Aplikasi Cisco Webex

INSENTIF MOBILITI SEHINGGA RM1,000

Insentif Mobiliti merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Sumber Manusia dengan matlamat untuk menggalakkan golongan belia terutamanya untuk mencari pekerjaan dari satu tempat ke satu tempat lain.

Pemohon yang dapat penempatan kerja melalui karnival ini akan terima insentif sebanyak:

  • Sehingga RM1,000

Baca lebih lanjut: Mohon Bantuan Mobiliti RM1000 Secara “One-off” Jika Dapat Penempatan Kerja 

SENARAI MAJIKAN

Berikut adalah senarai majikan yang terlibat menawarkan jawatan kosong:

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan ditawarkan yang boleh anda mohon:

CARA DAFTAR

Tarikh tutup permohonan adalah 24 September 2021. Graduan yang berminat untuk sertai karnival kerjaya secara atas talian tersebut boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu melalui pautan berikut:

Calon yang berminat boleh terus mengisi maklumat dan pengesahan kehadiran tuan/puan untuk tindakan selanjutnya.

Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga pada 25 September 2021. Pautan temuduga akan diemelkan kepada calon dan sila pastikan alamat emel diisi dengan betul.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi 019-2817403 (Hanis Halim) atau 017-5152325 (Cik Bahirah).

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma