Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Daftar Karnival Kerjaya Up Perkeso Kedah, Lebih 700 Jawatan & Insentif RM1,000 Diberi Jika Dapat Kerja

Oleh Cikgu Shaari • October 4, 2021 • 2 min baca

Daftar Karnival Kerjaya Up Perkeso Kedah, Lebih 700 Jawatan & Insentif RM1,000 Diberi Jika Dapat Kerja
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Kerjaya Up Dalam talian anjuran Perkeso Kedah kembali lagi! Orang ramai yang sedang mencari kerja atau kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19 dipelawa untuk daftar dan sertai program kerjaya yang dilaksanakan secara online ini. Apa yang lebih menarik adalah pemohon yang berjaya mendapat penempatan kerja melalui karnival ini akan terima Insentif Mobiliti sehingga RM1,000!

Pelbagai peluang pekerjaan dengan lebih 700 kekosongan ditawarkan dengan jaminan kerja buat graduan dan perantisan yang layak. Calon hanya perlu buat pendaftaran awal dan hadir temuduga secara atas talian pada tarikh dan masa yang ditetapkan

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut karnival kerjaya yang ditawarkan dan panduan buat pendaftaran.

MAKLUMAT MINI KARNIVAL

  • Nama Program: Karnival Kerjaya Up 4.0 Perkeso Kedah
  • Anjuran: PERKESO Negeri Kedah
  • Tarikh: 7 Oktober 2021 (Ahad)
  • Masa: 9 pagi sehingga 3 petang
  • Medium: Cisco Webex

INSENTIF MOBILITI SEHINGGA RM1,000

Insentif Mobiliti merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Sumber Manusia dengan matlamat untuk menggalakkan golongan belia terutamanya untuk mencari pekerjaan dari satu tempat ke satu tempat lain.

Pemohon yang dapat penempatan kerja melalui karnival ini akan terima insentif sebanyak:

  • Sehingga RM1,000

Baca lebih lanjut: Mohon Bantuan Mobiliti RM1000 Secara “One-off” Jika Dapat Penempatan Kerja 

MAJIKAN TERLIBAT

Berikut adalah senarai majikan yang terlibat:

  • UNICOLOUR POLYMER TECHNOLOGY SDN BHD
  • AEROSPACE COMPOSITES MALAYSIA SDN BHD
  • XSD INTERNATIONAL PAPER SDN BHD
  • IRDECO SDN BHD
  • PURE N FRESH MARKETING SDN BHD
  • MESINIAGA BERHAD
  • ASE ELECTRONICS (M) SDN BHD

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Terdapat hampir 729 kekosongan jawatan untuk direbut. Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan anda boleh mohon:

CARA DAFTAR

Seperti yang dijadualkan, Karnival Kerjaya Up Perkeso Kedah akan diadakan pada 7 Oktober 2021 bermula 9 pagi sehingga 3 petang. Bagi pencari kerja atau graduan yang berminat, anda boleh isi borang pendaftaran yang disediakan secara atas talian di pautan berikut:

Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan kehadiran untuk calon yang akan menghadiri temuduga terbuka seperti yang dijadualkan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi salah satu talian berikut:

  • Cik Malarvily: 019 295 6178
  • Pn Malarmagal: 014 902 2087
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.