Karnival Kerjaya 3 Daerah Negeri Melaka. Lebih 5,000 Peluang Pekerjaan Menanti

Anda merupakan graduan, lepasan sekolah, penganggur atau pencari kerja? Berita baik buat warga Melaka! Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Perkeso Melaka menganjurkan temuduga terbuka di Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 10 April 2021.
Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka 2021 akan melibatkan pelbagai majikan daripada syarikat terkemuka di Melaka dengan lebih 5,000 peluang kerja. Jangan lepaskan peluang ini, buat pra-pendaftaran sekarang untuk hadir ke temuduga terbuka pada tarikh yang ditetapkan.
Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka dan panduan pra-pendaftaran boleh dirujuk di bawah.
Isi Kandungan
AKTIVITI SEPANJANG KARNIVAL
Berikut adalah antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka:
- Temuduga Terbuka
- Ujian Psikometrik
- Kaunseling Kerjaya
- Sesi Grooming
- Kursus Keusahawanan
- Perkongsian Usahawan Selebriti – Datuk Rosyam Nor
- Cabutan bertuah
MAKLUMAT KARNIVAL
- Nama program: Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka
- Tarikh: 10 April 2021 (Sabtu)
- Masa: 8 pagi hingga 5.30 petang
- Tempat: Kompleks Sukan, Masjid Tanah, Melaka
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan dan terbuka untuk ditemuduga di karnival:
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat untuk hadir ke temuduga terbuka Karnival Kerjaya Melaka pada 10 April 2021, anda boleh buat pendaftaran awal sekarang melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- Tel: 06 317 4476
- WhatsApp: 011 1111 7547
- Facebook: Institut Tun Perak