Lebih 30,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Di Karnival Kerjaya Mega Selangor

Karnival Kerjaya Mega Selangor adalah satu program jelajah kerjaya hasil dari inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui Modal Insan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor dalam usaha untuk menaikkan taraf ekonomi penduduk dan membangunkan sektor-sektor ekonomi di negeri Selangor.

Program akan bermula pada Jun 2022 di lokasi yang ditetapkan. Terdapat 30 ribu peluang kerja dengan penglibatan lebih 150 majikan di tawarkan di dalam temuduga terbuka ini. Graduan atau pencari kerja di luar sana dipelawa untuk daftar sekarang!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran bagi yang berminat nak dapatkan pekerjaan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Karnival Kerjaya Mega Selangor
  • Anjuran: Kerajaan Negeri Selangor
  • Tarikh: 11 & 12 Jun 2022
  • Lokasi: Pusat Konvensyen MBSA

MAJIKAN TERLIBAT

EXCO pembangunan modal insan berkata setakat ini seramai 150 majikan terlibat antaranya adalah:

  • Bidang penerbangan
  • Kosmetik
  • Automotif
  • Teknologi Maklumat
  • Pembuatan
  • Pendidikan
  • Seni reka
  • Kewangan
  • Peberbangan
  • dan banyak lagi!

Menurut majikan bidang penerbangan dan kosmetik, mereka minat menyertai program ini memandangkan sektor tersebut amat memerlukan tenaga kerja pasca pandemik.

SOP PERLU DIPATUHI

Memandangkan negara memasuki fasa peralihan endemik, karnival kerjaya dianjurkan secara besar-besaran dan orang ramai boleh hadir sesi temuduga secara bersemuka. Meskipun karnival dianjur secara besar-besaran, kita masih tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan. Kerajaan Negeri Selangor berharap program ini dapat menurunkan kadar pengangguran di Selangor.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri turut menganjurkan Jelajah Selangor Bekerja 2021 di beberapa lokasi antaranya di Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Petaling yang menawarkan lebih 25,000 peluang pekerjaan.

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat untuk sertai temuduga terbuka pada tarikh yang dimaklumkan di atas, anda boleh buat pendaftaran secara online terlebih dahulu. Pautan pendaftaran akan dikemaskini semula apabila terdapat maklumat terbaru.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Karnival kerjaya Mega Selangor, anda boleh terus ke laman web https://selangorkini.my/.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma