Daftar Karnival Kerjaya Industri Minyak & Gas & Terima Insentif RM1,000 Jika Dapat Penempatan
Berita baik buat pencari kerja di luar sana terutamanya graduan dan pekerja yang diberhentikan kerja! PERKESO Kuala Lumpur akan mengadakan Karnival Kerjaya secara online bagi pengambilan pekerja dalam industri minyak dan gas pada 27 Julai 2021 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Pelbagai peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas menanti anda! Anda hanya perlu buat pra-pendaftaran untuk sertai temu duga online yang akan dijadualkan nanti. Apa yang lebih menarik adalah pemohon yang berjaya mendapat penempatan kerja melalui karnival ini akan terima Insentif Mobiliti sehingga RM1,000!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lebih lanjut berkenaan karnival kerjaya yang dilaksanakan dan cara buat pra-pendaftaran bagi yang berminat untuk sertai.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama Program: Oil & Gas Industry Virtual E-Career Fair
- Anjuran: PERKESO KL
- Tarikh: 27 Julai 2021 (Selasa)
- Masa: 9 pagi – 4.00 petang
- Medium: Aplikasi Cisco Webex
INSENTIF MOBILITI SEHINGGA RM1,000
Insentif Mobiliti merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Sumber Manusia dengan matlamat untuk menggalakkan golongan belia terutamanya untuk mencari pekerjaan dari satu tempat ke satu tempat lain.
Pemohon yang dapat penempatan kerja melalui karnival ini akan terima insentif sebanyak:
- Sehingga RM1,000
Baca lebih lanjut: Mohon Bantuan Mobiliti RM1000 Secara “One-off” Jika Dapat Penempatan Kerja
CARA DAFTAR
Pencari kerja yang berminat untuk sertai karnival kerjaya dalam industri minyak dan gas boleh buat pra-pendaftaran sekarang. Pra-pendaftaran boleh dibuat melalui pautan yang disediakan:
- AKAN DIKEMASKINI
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 011-40251704 atau email ke alamat radhi.abu@perkeso.gov.my.