Karnival Kerjaya Graduan 2021: Temuduga Online Pelbagai Jawatan Syarikat Terkemuka Ditawarkan
Berita baik buat pencari kerja dan graduan di seluruh Malaysia! Ratusan peluang pekerjaan menanti anda di Karnival Kerjaya Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia tahun 2021 dengan kerjasama PERKESO. Karnival Kerjaya Graduan akan melibatkan pelbagai syarikat terkemuka dengan tawaran pelbagai jenis jawatan sesuai dengan kelayakan graduan.
Sebagai menepati kehidupan norma baharu, karnival pekerjaan yang akan berlangsung dari 29 hingga 31 Mac 2021 ini akan dijalankan sepenuhnya secara maya. Pendaftaran bagi menyertai temuduga kini dibuka kepada semua peserta.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran temuduga Karnival Kerjaya Graduan 2021 supaya tidak lepaskan peluang kerjaya ini..
Isi Kandungan
MAKLUMAT KARNIVAL
- Nama program: Karnival Kerjaya Graduan
- Anjuran: Kementerian Sumber Manusia
- Tarikh: 29 ~ 31 Mac 2021
- Kaedah Temuduga: Aplikasi Cisco Webex
SIRI WEBINAR KERJAYA
Karnival kerjaya ini bukan sahaja menawarkan jawatan kosong, ia juga akan membawakan Siri Webinar Kerjaya untuk membantu para pencari kerja dalam menentukan hala tuju kerjaya.
Mari sertai perkongsian secara langsung daripada pakar industri berkaitan komunikasi dan tips kerjaya daripada pakar industri berkaitan komunikasi dan tips kerjaya untuk menghadapi sesi temuduga. Setiap kehadiran Siri Webina Kerjaya ini, peserta akan menerima e-sijil penyertaan.
Jangan lepaskan peluang berharga untuk menyertai siri webinar ini pada:
Sesi 1
- Tarikh: 29 Mac 2021
- Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari
- Pautan: https://bit.ly/3r9C65y
Sesi 2
- Tarikh: 29 Mac 2021
- Masa: 2 pm hingga 4 pm
- Pautan: https://bit.ly/3r9C65y
SYARIKAT TERLIBAT
Tawaran jawatan kosong di Karnival Kerjaya Graduan akan melibatkan majikan berikut:
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
DAFTAR KARNIVAL KERJAYA GRADUAN
Orang ramai yang berminat untuk mohon pelbagai jawatan yang ditawarkan boleh buat pendaftaran sekarang dengan dengan kaedah berikut:
- Pergi ke pautan careerfair.perkeso.gov.my.
- Klik LOG IN bagi individu yang sudah pernah mendaftar. Klik REGISTER bagi pendaftaran baru
- Klik Karnival Kerjaya Graduan 2021
- Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik Register
- Setelah selesai mendaftar, anda boleh lihat senarai jawatan yang ditawarkan beserta maklumat temuduga
- Untuk mohon, klik Details pada mana-mana jawatan yang anda mahu
- Klik Apply
- Senarai jawatan yang anda mohon akan dimasukkan dalam List of Application
Setelah selesai mendaftar jawatan kosong yang anda berminat dan sesuai dengan kelayakan, anda diminta untuk tunggu makluman masa temuduga pada tarikh yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
- 013 – 250 9390 (Cik Bahvika)
- 019 – 250 3565 (Cik Ummee)