Daftar Karnival Kerjaya Anak Muda: Lebih 1,400 Kekosongan Jawatan, Terima RM700 Jika Hadir Temuduga
Panggilan buat para pencari kerja terutamanya anak muda yang masih menganggur dan berminat nak bekerja dalam pelbagai bidang! Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama PERKESO akan mengadakan Karnival Kerjaya Anak Muda bagi membantu pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan dan mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan.
Pencari kerja yang berminat nak ikuti temuduga khas ini boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum hari karnival. Temuduga secara terbuka akan dilaksanakan pada 19 Mac 2022 di lokasi yang ditetapkan. Lebih 1,400 peluang pekerjaan menanti anda!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kerja yang ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Karnival Kerjaya Anak Muda
- Tarikh: 19 Mac 2022 (Sabtu)
- Masa: 10 pagi hingga 4 petang
- Lokasi: KL Gateway Mall (Secara fizikal)
SENARAI MAJIKAN TERLIBAT
Antara majikan yang terlibat dalam menawarkan jawatan kosong adalah:
ELAUN MENCARI PEKERJAAN
Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:
- RM300 x 2 bulan
Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:
- RM400 secara one-off
Rujuk: Panduan Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan
CARA DAFTAR
Anak muda yang berminat untuk sertai karnival kerjaya anjuran PERKESO tersebut boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga terbuka. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online berikut
Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pra-pendaftaran calon yang akan menghadiri program Temuduga Khas Karnival Kerjaya Anak Muda.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas melalui alamat email nurhafizah.hafiz@perkeso.gov.my.
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan: