Kalendar MUET: Tarikh Pendaftaran & Ujian MUET Tahun 2023

MUET adalah singkatan kepada Malaysian University English Test ataupun dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Peperiksaan Khas Bahasa Inggeris bagi pelajar universiti. Peperiksaan MUET wajib diambil oleh penuntut-penuntut universiti.

Sesuai dengan namanya itu, peperiksaan MUET ini semestinya bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan Bahasa Inggeris penuntut-penuntut universiti di negara ini sekaligus mendorong penuntut universiti untuk memahirkan diri dalam menguasai bahasa antarabangsa tersebut.

Bagi calon calon di universiti atau persendirian yang akan mengambil peperiksaan MUET pada tahun 2023, anda dah boleh semak tarikh-tarikh penting pendaftaran dan ujian MUET bagi tahun 2023.

STRUKTUR PEPERIKSAAN MUET

Mungkin ramai lagi antara rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bagaimanakah struktur soalan MUET ini, terutamanya bagi yang pertama kali menduduki ujian ini. Kami akan kongsikannya. MUET menilai calon dalam keempat-empat aspek penting dalam Bahasa Inggeris iaitu:

  • Speaking
  • Listening
  • Reading
  • Writing

Kebiasaannya, ujian bagi aspek Listening, Reading dan juga Writing akan dijalankan pada hari yang sama. Aspek Listening sahaja akan dijalankan pada tarikh berlainan bagi setiap sesi.

PELAKSANAAN MUET SETIAP TAHUN

MUET bukan seperti peperiksaan SPM yang dijalankan sekali sahaja setahun. Peperiksaan MUET akan dijalankan sebanyak 3 kali dalam tempoh masa setahun. Jadi, calon boleh memilih sendiri satu tarikh yang sesuai daripada tiga tarikh ini.

Berikut adalah bulan-bulan peperiksaan MUET dijalankan.

  • Mac
  • Julai
  • November

TARIKH PENDAFTARAN & UJIAN MUET TAHUN 2023

Calon-calon yang bakal menduduki MUET pada tahun ini dah boleh semak tarikh-tarikh pendaftaran MUET bagi sesi 1, 2 dan 3 agar tidak terlepas pendaftaran nanti:

  • Sesi 1: 29 November 2022 sehingga 10 Januari 2023
  • Sesi 2: 28 Februari 2023 sehingga 4 April 2023
  • Sesi 3: 12 Julai 2023 sehingga 23 Ogos 2023

Ujian-ujian akan dilaksanakan pada:

  • Ujian Lisan (Speaking)
    Sesi 1: 13, 14, 15, 16, 20 & 20 Mac 2023
    Sesi 2: 13, 14, 15, 19, 20 dan 21 Jun 2023
    Sesi 3: 30 Oktober, 1, 2, 6, 7 dan 8 November 2023
  • Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening)
    Sesi 1: 1 April 2023
    Sesi 2: 15 Julai 2023
    Sesi 3: 18 November 2023

KALENDAR MUET TAHUN 2023

Untuk memudahkan calon membuat persediaan pendaftaran dan peperiksaan, anda boleh semak tarik-tarikh penting ujian bagi setiap sesi tahun 2023 di kalendar MUET yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:

PENDAFTARAN MUET ON DEMAND (MOD) 2023

MUET On Demand (MoD) adalah ditawarkan buat calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET selain daripada sesi MUET sedia ada iaitu Mac, Julai dan November. Peperiksaan MoD akan dijalankan menggunakan aplikasi komputer. Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam. Berikut adalah tarikh-tarikh penting pendaftaran dan peperiksaan MUET On Demand bagi tahun 2023:

AKAN DIKEMASKINI

Semoga perkongsian kalender MUET dan MUET On Demand bagi tahun 2023 ini bermanfaat buat calon-calon yang akan menduduki MUET tahun ini.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma