Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Akan Dibuat Secara One-Off, Ini Kaedah Pembayaran
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru, pada 16 Mac 2022 kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kaedah pembayaran Pengeluaran Khas KWSP yang anda perlu ambil maklum.
Isi Kandungan
TARIKH PENTING PERMOHONAN & PEMBAYARAN
Dalam kenyataan pada 16 Mac 2022, KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk Pengeluaran Khas KWSP ini dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun pada tarikh berikut:
- Tarikh permohonan: 1 April 2022 hingga 30 April 2022
- Tarikh semakan status: 9 April 2022
- Tarikh pembayaran: Bermula pada 20 April 2022
Rujuk: Syarat Kelayakan Buat Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000
KAEDAH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP
Untuk makluman anda, KWSP telah mengesahkan bahawa bayaran Pengeluaran Khas KWSP bermula KWSP adalah seperti berikut:
- Pembayaran dibuat dalam SEKALI BAYARAN sahaja
- Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli
Ahli perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN.
SEMAKAN BAKI SIMPANAN KWSP
Sebelum mengemukakan permohonan, ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui beberapa kaedah berikut:
- i-Akaun (Ahli); atau
- Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau
- Kiosk KWSP
Rujuk: Panduan Buat Semakan Baki Simpanan Akaun KWSP Secara Online
Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka. Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka.
Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini. KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan, dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu. Ahli boleh berjumpa dengan pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka.
Baca juga: Buat Pengeluaran Khas KWSP Dikenakan Zakat 2.5% Atau Tidak? Ini Syarat & Penjelasannya
Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh didapati di “Ask ELYA” dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau hubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03 8922 4848 mulai 1 April 2022.