Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Kaedah Pelaksanaan KGT Tambahan Khas RM100 Buat Penjawat Awam

Oleh Cikgu Shaari • December 29, 2022 • 2 min baca

Kaedah Pelaksanaan KGT Tambahan Khas RM100 Buat Penjawat Awam
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam peruntukan khas Bajet Mini 2023, Perdana Menteri telah umumkan bersetuju untuk menersukan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56. Kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.

Kerajaan Perpaduan ini amat berterima kasih atau kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana kaedah pelaksanaan KGT tambahan khas tahun 2023.

KAEDAH PELAKSANAAN KGT TAMBAHAN KHAS

Gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2022 akan ditambah dengan KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 pada 1 Januari 2023. Amaun tersebut kekal dalam gaji hakiki pegawai. KGT Tambahan Khas hanya diberi pada tahun 2023 sahaja

Bagi pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara ke jawatan Kumpulan Pelaksana atau Kumpulan Pengurusan dan Profesional di agensi Kerajaan, pemberian KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 pada 1 Januari 2023 hendaklah diberi secara isyarat di gaji hakiki oleh Ketua Jabatan asal dan secara sebenar oleh Ketua Jabatan agensi peminjam.

Bagi pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara ke jawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi, agensi Kerajaan yang diasingkan saraan, pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pemberian KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 pada 1 Januari 2023 hendaklah diberi secara isyarat di gaji hakiki sahaja oleh Ketua Jabatan asal.

Pelaksanaan pemberian KGT Tambahan Khas ini adalah tidak tertakluk kepada penilaian prestasi kerja tahunan pegawai dan keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Pelaksanaan pemberian KGT Tambahan Khas ini tidak berkaitan dengan urusan perkhidmatan lain yang melibatkan kadar KGT termasuk penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan hukuman tatatertib seperti hukuman tangguh pergerakan gaji dan hukuman turun gaji.

Perubahan gaji berikutan pemberian KGT Tambahan Khas ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).

Simulasi kaedah pemberian KGT Tambahan Khas adalah seperti di Lampiran A.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.