Panduan Kemaskini Maklumat Asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Secara Online & Manual
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Seperti dimaklumkan, kerajaan akan mengagihkan bantuan ini secara berperingkat, iaitu sehingga 4 fasa. Fasa pertama telah berjaya diagihkan kepada semua penerima yang layak mengikut kategori masing-masing. Tak lama lagi bantuan fasa kedua akan diagihkan!
Rujuk: Jadual Bayaran BKM Setiap Fasa (Dibayar 4 Kali Setahun)
Penerima yang nak buat pengemaskinian maklumat kini dah boleh buat secara online atau manual. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan kemaskini maklumat.
Isi Kandungan
TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT BKM
Tempoh kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 dibuka secara bertempoh pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
- 10 Oktober hingga 30 Oktober 2022
Maklumat wakil baharu akan dikemas kini dan diserahkan kepada pihak BSN pada setiap hujung bulan. Wakil tersebut boleh hadir ke BSN bagi tujuan penunaian bayaran BKM 2022 atau tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022.
Bagi permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus dan telah mengemukakan permohonan rayuan tambahan, maklumat permohonan BKM 2022 pemohon tidak dapat dikemas kini. Pembukaan semula skrin kemas kini kepada pemohon akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
KEMASKINI MAKLUMAT ASAS DIBENARKAN
Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:
- Nombor Telefon Rumah
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat e-Mel
- Maklumat Wakil
- Maklumat akaun bank pemohon
Wakil yang layak didaftarkan terhad kepada Pasangan / Anak yang wujud pada Bahagian B / C Borang Permohonan BKM 2022 sahaja.
Kemaskini Maklumat Akaun Bank
Kemas kini maklumat nama dan akaun bank hanya dibenarkan bagi maklumat akaun bank pemohon sahaja sekiranya status bayaran BKM 2022 adalah:
- Gagal Kredit; atau
- Tunai
Maklumat akaun bank yang dikemas kini akan digunakan untuk pembayaran fasa seterusnya.
KAEDAH KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN BKM
Kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bkm.hasil.gov.my ; atau
- Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran
Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BKM 2022 atau boleh didapati di Cawangan / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran ATAU muat turun di bawah:
Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pengemaskian maklumat asas BKM 2022, anda boleh terus ke alamn web rasmi https://bkm.hasil.gov.my/.