6 Kaedah Bayaran Balik Pinjaman MARA, Nak Guna KWSP Pun Boleh. Ini Caranya
MARAeps adalah gerbang bayaran elektronik yang membolehkan semua bayaran fasiliti kemudahan MARA dapat dilaksanakan secara atas talian. Kemudahan yang disediakan oleh MARA ini akan memberi manfaat kepada semua peminjam MARA. Tanpa perlu ke kaunter, baki/nilai akaun berkaitan Majlis Amanah Rakyat anda dihujung jari. Lakukan pembayaran dengan mudah, cepat dan selamat.
Selain daripada kemudahan bayaran balik pinajamn MARA secara online melalui MARAeps, sebenarnya banyak lagi kaedah bayaran balik pinjaman yang anda boleh gunakan. Jika nak mudah anda juga boleh guna simpanan KWSP tau!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kaedah bayaran balik pinjaman MARA yang anda perlu tahu.
Isi Kandungan
6 KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN MARA
Berikut adalah 6 kaedah yang anda boleh gunakan untuk buat pembayaran balik pinjaman MARA dengan mudah:
- MARAeps (Panduan Semakan Baki & Bayaran Balik MARAeps)
- Pejabat MARA Daerah/ Negeri yang berdekatan
- Pejabat POS
- Melalui Potongan Gaji Majikan
- Pengeluaran KWSP
- Sistem Perbankan Dalam Talian (Online Banking)
PANDUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MARA MELALUI KWSP
Peminjam pelajaran MARA boleh membayar balik pinjaman pelajaran menggunakan Akaun 2 KWSP secara online di laman web KWSP. Berikut adalah langkah-langkah membuat bayaran balik pinjaman MARA melalui laman web KWSP:
- Daftar i-Akaun melalui www.kwsp.gov.my
- Bagi yang dah daftar, anda boleh login ke i-Akaun Ahli terus
- Pastikan No. MARA digunakan sebagai no. rujukan dalam transaksi permohonan. Sijil rujuk https://apps.mara.gov.my/ebakiv2 untuk dapatkan nombor akaun MARA dan baki pinjaman
- Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti inbox di i-Akaun
- Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh KWSP.
Syarat kelayakan e-Pengeluaran tertakluk kepada pihak KWSP. Serahan kaunter tidak lagi diterima. Ibu bapa/ suami isteri boleh melangsaikan bayaran pinjaman untuk anak dan pasangan.
Semoga bermanfaat!