Kadar Denda Dikenakan Sekiranya Pasport Hilang/ Rosak

Jangan sesekali cuai! Tahu tak, sekiranya anda kehilangan pasport atau pasport anda rosak, anda boleh dikenakan denda sehingga RM1,200! Anda bukan sahaja perlu bayar harga denda, anda juga perlu bayar sekali harga Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang baharu! Jumlah denda akan dicampur dengan harga pasport untuk penggantian.

Walaubagaimanapun, pengecualian denda adakan diberikan kepada OKU dan pesakit mental. Nak tahu berapa kadar denda dikenakan sekiranya pasport hilang atau rosak?

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kadar denda dikenakan sekiranya pasport hilang atau rosak.

JUMLAH DENDA PASPORT HILANG/ ROSAK

Berikut adalah senarai kadar denda yang dikenakan bagi setiap pasport yang hilang atau rosak:

Kadar Harga Pasport Malaysia Antarabangsa

  • RM200 – Pemohon biasa
  • RM100 – Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan pelajar 21 tahun belajar di luar negara

Kadar Denda Pasport Hilang Atau Rosak

  • RM200 – Kali pertama
  • RM500 – Kali kedua
  • RM1,000 – Kali ketiga dan seterusnya

Jumlah Denda Dikenakan (Harga Pasport + Kadar Denda)

Berikut adalah jumlah denda yang dikenakan setelah dicampur dengan harga pasport untuk penggantian:

  • Kali pertama: RM 200 + RM200 = RM400
  • Kali kedua: RM200 + RM500 = RM700
  • Kali ketiga & seterusnya: RM200 + RM1000 = RM1,200

Pengecualian denda dikenakan kepada OKU/ pesakit mental, pasport tamat tempoh, pasport habis muka surat, warga emas dan masalah teknikal pada cip.

PROSEDUR KEHILANGAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

Bagi tujuan menggantikan Pasport Malaysia yang telah hilang, sila kemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan laporan kehilangan pasport yang telah diperolehi daripada Balai Polis tempatan di kawasan pasport tersebut hilang dan terjemahannya;
  • Mengisi Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport Malaysia Im. 42c mengenai kehilangan passport – boleh diperolehi di Kedutaan;
  • Mengisi dan menandatangani Surat Akuan (Akta AkuanBerkanun 1960) boleh diperolehi di Kedutaan;
  • Salinan Pasport Malaysia (hilang) sekira ada;
  • Salinan muka surat Pasport Malaysia (hilang) yang mengandungi maklumat visa/permit tinggal atau makluman pendaftaran tempat tinggal sekiranya ada;
  • Borang Permohonan Pasport Malaysia IM 42 Pin 1/97
    – boleh diperolehi di Kedutaan atau dimuat turun dari laman web Jabatan Imigresen, http://www.imi.gov.my/images/Forms/pasport/im42.pdf (sila cetak kedua-dua mukasurat pada satu helaian);
  • Dua keping gambar berlatarbelakang putih berukuran 3.5 cm x 5.0 cm(memandang tepat ke kamera tanpa membuka mulut/melihatkan gigi);
  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia/MyKad/MyKid;
  • Salinan Iqamah/Kad Pengenalan Jordan;dan
  • Salinan Surat Pengesahan/Kad Pelajar dari Universiti (untuk pelajar) atau majikan (untuk yang bekerja atau pasangan)

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan penggantian pasport yang hilang atau rosak, anda boleh terus ke kaunter Jabatan Imigresen Malaysia.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma