Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Download Borang & Panduan Buat Pembatalan Permohonan BKM 

Oleh Cikgu Shaari • August 17, 2022 • 2 min baca

Download Borang & Panduan Buat Pembatalan Permohonan BKM 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Bagi penerima BKM yang ingin membuat permohonan pembatalan permohonan BKM atas alasan tertentu, anda boleh buat permohonan dengan muat turun borang permohonan yang disediakan dan hadir ke cawangan LHDN berdekatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut alasan pembatalan permohonan BKM dan muat turun borang permohonan.

ALASAN PEMBATALAN PERMOHONAN BKM

Penerima BKM boleh buat permohonan untuk pembatalan permohonan BKM atas alasan berikut:

  • Jumlah pendapatan kasar bulanan individu bagi status Bujang/ Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda tidak mempunyai anak melebihi RM2,500
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah bagi status Kahwin/ Ibu Bapa Tunggal/ Balu / Janda/ Duda mempunyai Anak melebihi RM5,000
  • Perubahan Status Perkahwinan (Bujang/ Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda kepada Kahwin)
  • Menolak Bantuan/ Tidak memerlukan BKM
  • Atau lain-lain alasan

DOWNLOAD BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM

Borang pembatalan permohonan BKM boleh dimuat turun di bawah:

Lengkapkan borang pembatalan permohonan BKM tersebut dan bawa bersama dokumen-dokumen berkaitan ke cawangan LHDN berdekatan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh terus ke laman web rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.