[TERKINI] Berapa Bonus & Dividen ASB Tahun 2022? Semak Di Sini

Kadar dividen ASB tahun 2022 akan diumumkan, anda boleh semak di perkongsian bawah.

Sekarang ini ASB adalah salah satu tempat simpanan yang terbaik untuk simpan duit sama ada duit simpanan ataupun duit sendiri. Dividen yang diberikan agak tinggi sedikit daripada bank-bank biasa dan ianya memberikan anda alternatif terbaik untuk membuat simpanan duit di sana.

Dalam menyimpan duit di akaun ASB, secara tidak langsung sebenarnya kita sedang melabur kerana wang simpanan kita akan bertambah melalui bonus dan dividen tahunan yang diterima.

Setiap hujung tahun adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh pemegang unit dalam skim ASB kerana perkhabaran berita gembira mengenai kadar bonus dan dividen tahunan akan diumumkan.

TARIKH PENGUMUMAN KADAR BONUS & DIVIDEN ASB TAHUN LEPAS

Pasti sudah tidak sabar kan nak tahu bilakah tarikh pengumuman kadar bonus dan dividen ASB bagi tahun 2021? Sebelum itu, mari kita lihat tarikh pengumuman bonus dan dividen ASB tahun-tahun lalu.

Dividen ASB 2021

Kadar jumlah pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus skim ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 telah diumumkan pada 23 Disember 2021. Kadar bayaran dividen dan bonus ASB bagi tahun 2021 adalah 4.25 + 0.75.

Dividen ASB 2020

Kadar jumlah pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus skim ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 telah diumumkan pada 23 Disember 2020. Kadar bayaran dividen dan bonus ASB bagi tahun 2020 adalah 4.25 + 0.75.

Dividen ASB 2019

Pada hari Rabu, 18 Disember 2019, ASNB telah mengumumkan pembayaran pengagihan sebanyak 5.50 sen seunit bagi dana utamanya, ASB merangkumi pengagihan Pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Tahun Kewangan 2019.

Dividen ASB 2018

ASNB pada hari Jumaat, 21 Disember 2018 pengagihan pendapatan kepada pemegang unit sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

TARIKH PENGUMUMAN BONUS & DIVIDEN TAHUN 2022

Jika dilihat daripada tarikh pengumuman bonus dividen ASB tahun-tahun sebelum ini, memang akan diumumkan pada hujung tahun yakni bulan Disember.

Kadar jumlah pengagihan pendapatan Dividen dan Bonus skim ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 diumumkan pada:

  • 22 Disember 2022

KADAR BAYARAN BONUS DIVIDEN ASB 2022

Kadar bayaran dividen dan bonus ASB bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:

  • Dividen: 4.60 sen seuit
  • Bonus: 0.50 sen seunit

Kadar pengagihan: 5.10 sen seunit

Kadar bayaran bonus dan dividen ASB bagi tahun-tahun lepas pula adalah seperti berikut:

TARIKH PENANGGUHAN URUS NIAGA ASB 2022

Penangguhan urus niaga ASB bagi tujuan pengagihan dividen tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:

Orang ramai dinasihatkan untuk buat urusan sebelum tarikh yang dinyatakan bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku nantu.

SEMAKAN BAKI ASB SECARA ONLINE

Sekiranya anda ingin membuat semakan baki ASB semasa atau ingin membuat pengeluaran, anda boleh lakukan secara online melalui MyASNB. Klik pautan di bawah untuk daftar MyASNB bagi semakan baki dan pengeluaran ASNB:

TAMBAH PELABURAN SECARA ONLINE

Nak tambah pelaburan di ASB tetapi tiada masa untuk pergi ke kaunter? Anda boleh lakukan secara online sahaja dengan mudah.

Setkan Simpanan Bulanan Melalui Autolabur

Dengan Auto Labur, tiap-tiap bulan sejumlah wang akan dipindahkan dari akaun bank kita dan terus dimasukkan dalam akaun ASNB. Apa yang menariknya, pemindahan tersebut adalah percuma dan tiada sebarang caj perkhidmatan dikenakan bagi pemindahan dari akaun kita ke myASNB berlaku. Daftar Auto Labur ASB dengan mudah sekarang:

Tambah Pelaburan Melalui Maybank2u

Sekiranya anda tidak mahu buat potongan setiap bulan, anda juga boleh tambah pelaburan melalui Maybank2u. Masukkan seberapa jumlah yang anda mahu pindahkan dengan mudah. Klik pautan berikut untuk panduan lengkap:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma