Bajet 2023: Kadar Bantuan Baru BKM 2023 Buat Isi Rumah, Bujang & Warga Emas Ikut Pendapatan
Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian bantuan tunai langsung, Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM akan terus ditambah baik dan melibatkan semua kategori yang berkelayakan.
Isi rumah, warga emas dan bujang kini dah boleh semak kadar bayaran baru Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mengikut kategori pendapatan masing-masing yang bakal diagihkan pada tahun 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kadar bayaran BKM 2023 buat semua kategori yang layak.
Isi Kandungan
KADAR BAYARAN BKM TAHUN 2023
Isi Rumah Pendapatan Kurang RM2,500 (5 Orang Anak Dan Lebih)
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan menanggung lima orang anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak:
- Kadar BKM 2023: RM2,500
Ini ialah kategori baharu sebagai usaha Kerajaan meringankan beban keluarga yang menyara ramai anak.
Isi Rumah Pendapatan Kurang RM2,500 (4 Orang Anak Dan Ke Bawah)
Bagi isi rumah sehingga empat orang anak pula, akan layak menerima BKM antara:
- Kadar BKM 2023: RM1,000 hingga RM2,000
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Hingga RM5,000
Kepada isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 ringgit, BKM yang disediakan adalah antara :
- Kadar BKM 2023: RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.
Warga Emas & Golongan Bujang
Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak:
- Kadar BKM 2023 Warga Emas: RM600 bergantung kepada pendapatan
- Kadar BKM 2023 Bujang: RM350 bergantung kepada pendapatan
Bantuan Tambahan RM500
Tahun 2023, bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum:
- sehingga RM3,000.
Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding RM2,500 tahun ini.
Bantuan Keluarga Malaysia 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan 7.8 bilion ringgit. BKM 2023 ialah bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara jika dibandingkan Bantuan Sara Hidup 2020 dengan 5 juta penerima dan peruntukan 5 bilion ringgit.