Jualan Murah Keluarga Malaysia: 17 Platform Online Terpilih Menawarkan Jualan Barangan Murah

Berita baik buat rakyat Malaysia! Kerajaan akan melaksanakan program Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE-Dagang, yang membolehkan rakyat Malaysia memberi barangan pada harga lebih murah secara dalam talian.

𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐌𝐃𝐄𝐂) merupakan agensi yang mengendalikan program ini bersama 𝟏𝟕 𝐩𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 e-dagang yang terpilih dari luar negara dan tempatan. Program berkenaan tidak tertumpu kepada jualan barangan basah sahaja, sebaliknya diperluaskan pada perkhidmatan lain yang membabitkan perbelanjaan rakyat.

Nak tahu jualan murah ini melibatkan jualan apa? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE-Dagang.

PROGRAM JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA & DE-DAGANG

Kerajaan akan melaksanakan program Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE-Dagang, yang membolehkan:

  • rakyat Malaysia memberi barangan pada harga lebih murah secara dalam talian.

Program berkenaan tidak tertumpu kepada jualan barangan basah sahaja, sebaliknya diperluaskan pada perkhidmatan lain yang membabitkan perbelanjaan rakyat, termasuk:

  • pelancongan,
  • produk kraf,
  • halal,
  • pertanian
  • dan barangan Malaysia yang ingin dijual ke luar negara.

TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE-Dagang ini akan berlangsung selama 4 bulan iaitu:

  • Sehingga Disember 2022

17 PLATFORM E-DAGANG TERPILIH

Perbadanan Eknonomi Digital Malaysia (MDEC) merupakan agensi yang mengendalikan program ini bersama 17 platform e-dagang yang terpilih dari luar negara dan tempatan.

Lazada, perintis platform e-dagang Asia Tenggara, bekerjasama dengan Perbadanan Digital Ekonomi Malaysia (MDEC) untuk menganjurkan Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) @ DE Dagang dalam usaha membantu mendigitalisasikan dan membangunkan perniagaan kira-kira 100,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

Inisiatif ini juga dapat membolehkan jutaan rakyat Malaysia untuk :

  • mendapatkan produk pada harga yang berpatutan dan berbaloi, serta
  • menebus baucar insentif, seperti baucar Penghantaran Percuma, baucar pembelian Lazada, Lazada Bonus dan diskaun, bermula bulan ini sehingga Disember 2022.

Pada masa yang sama, Lazada akan mempromosikan penjualan produk Buatan Malaysia, serta menyerlahkan jenama tempatan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan tempatan kepada para pelanggan di Malaysia.

Usaha berkenaan akan menyumbang kepada objektif Lazada untuk program DE Dagang bagi membawa lebih ramai peniaga baharu ke platform e-dagang dan infrastruktur e-pembayaran, memperluaskan sokongan strategik kepada peniaga tempatan sedia ada, di samping menggalakkan penyertaan mereka dalam kempen komersial yang dapat membantu meningkatkan prestasi jualan, serta mengoptimumkan pertumbuhan perniagaan dan pembelian oleh pelanggan

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma