Jejak Kerja Wilayah KEJORA: Lebih 2,000 Peluang Pekerjaan Pelbagai Bidang Ditawarkan
Berita baik buat pencari kerja di luar sana terutamanya graduan dan pekerja yang diberhentikan kerja! Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) akan mengadakan karnival kerjaya Jejak Kerjaya Wilayah KEJORA secara bersemuka pada 6 dan 7 Ogos 2022.
Lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang melibatkan pelbagai majikan menanti anda! Anda hanya perlu buat pra-pendaftaran untuk sertai temu duga yang akan dijadualkan nanti. Tunggu apa lagi? Rugi jika anda lepaskan peluang ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lebih lanjut berkenaan karnival kerjaya yang dilaksanakan dan cara buat pra-pendaftaran bagi yang berminat untuk sertai.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Jejak Kerjaya Wilayah KEJORA
- Anjuran: KEJORA dengan kerjasama PERKESO
- Tarikh program: 6 & 7 Ogos 2022 (Sabtu & Ahad)
- Masa: 9 pagi hingga 5 petang
- Lokasi: Dewan KEJORA, Bandar Penawar Johor
SENARAI MAJIKAN TERLIBAT
Antara majikan yang terlibat menawarkan jawatan kosong melalui program ini adalah:
- KEJORA HOLDINGS
- LG PETRONAS CHEMICALS SDN BHD
- JOHOR PORT BERHAD
- POS LOGISTICS BERHAD
- MEDIVEST SDN BHD
- EPSON PRECISION (JOHOR) SDN BHD
- WESTIN DESARU COAST
- 99 SPEEDMART SDN BHD
- SUMITOMO ELECTRIC INTERCONNECT SDN BHD
- LAKEVIEW TERRACE RESORT & DESA SELATAN RESORT
- GERBANG ALAF RESTAURANT SDN BHD (MCDONALD)
- QSR STORES SDN BHD (KFC)
CARA DAFTAR
Pencari kerja di luar sana yang berminat untuk sertai temuduga karnival kerjaya yang ditawarkan boleh buat pendaftaran secara online sekarang melalui pautan berikut:
BORANG PRA PENDAFTARAN KARNIVAL JEJAK KERJAYA
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas, En. Amirul di talian 013 754 8897 atau Encik Ezad di talian 019 253 7688
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di temuduga terbuka: