Pengambilan Pensyarah & Jurulatih Kokurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) Dibuka

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan) yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak.

Jangan lepaskan peluang ini! Warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh buat permohonan melalui laman khas yang disediakan. Pelbagai bidang dan kepakaran yang ditawarkan bagi mengisi kekosongan jawatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi pengambilan jawatan di IPG, KPM boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 12 hingga 18 April 2022

JAWATAN DITAWARKAN

Antara jawatan yang ditawarakan oleh KPM adalah:

  • Pensyarah (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – PPP)
  • Jurulatih Kokurikulum DG44

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Gred DG 41/ DG 44 (KUP)/ DG 48 (KUP)
  • Ijazah pertama dalam bidang berkaitan
  • Sarjana dalam bidang berkaitan

BIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKAN

 

Berikut ialah senarai bidang dan kepakaran yang ditawarkan bagi mengisi kekosongan tersebut di IPGK Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak:

Bidang Ilmu Pendidikan

  • Kepakaran
    i) Penilaian dan Pentaksiran
    ii) Teknologi Maklumat/ Teknologi Pendidikan
    iii) Sosiologi
    iv) Pedagogi

Bidang Pendidikan Islam dan Moral

  • Kepakaran
    i) Pendidikan Moral
    ii) Tilawah/ Taranum & Qiraat
    iii) Bahasa Arab

Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Kepakaran
    i) Pendidikan Awal Kanak-kanak

Bidang Jurulatih Kokurikulum

  • Kepakaran
    i) Sains Sukan (ada Sijil Kejurulatihan Sukan dan Permainan)
    ii) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (ada Sijil Kejurulatihan Sukan dan Permainan)

Pegawai Pengurusan

  • Bidang
    i) Peperiksaan dan Penilaian
    ii) Latihan Dalam Perkhidmatan
    iii) Hal Ehwal Pelajar

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sehingga 18 April 2022. Permohonan boleh dibuat menggunakan borang PPPM 1A yang boleh dimuat turun di laman sesawang berikut:

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke IPG Kampus Tun Abdul Razak sebelum 18 April 2022 jam 3 petang di alamat berikut:

  • Pengarah
    Institusi Pendidikan Guru
    Kampus Tun Abdul Razak
    Jalan Dato Mohd Musa 94300
    Kota Samarahan Sarawak

Permohonan hendaklah lengkap dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • 1 Salinan Penyata Perkhidmatan yang telah disahkan lengkap dan dikemas kini
  • 1 salinan Laporan Prestasi tahunan bagi 3 tahun terkini yang disahkan
  • Salinan-salinan Sijil/ Diploma dan dokumen-dokumen berkaitan yang disahkan
  • 1 salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan
  • 1 salinan Laporan Tatatertib
  • Bahagian H – akan diuruskan oleh pihak IPG Kampus Tun Abdul Razak ke Jabatan Pendidikan Sarawak

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Encik Abu Bakar Sham Bin Jamil, Ketua Unit Khidmat Pengurusan di talian 013 8190627.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma