Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir/ Penyelia Jabatan Pembangunan Wanita Dengan Sijil SPM

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan segera jawatan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 seperti yang diiklankan.

Calon yang berkelayakan dan memiliki sekurang-kurangnya SPM dan berminat dengan jawatan ditawarkan boleh buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka dengan menghantar dokumen berkaitan ke alamat email yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Jabatan Pembangunan Wanita
  • Nama jawatan: Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19/ Penyelia Laman Wanita (LAWA)
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Penempatan: Laman Wanita (LAWA) Kepala Batas, Pulau Pinang
  • Tarikh tutup: 17 November 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran jawatan adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Berumur 30 tahun ke atas dari tarikh iklan ditutup
  • Memiliki sijil SPM dan setaraf
  • Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik
  • Calon hendaklah mahir berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan berminat dengan kerja-kerja kesukarelaan dan aktif masyarakat
  • Berkemahiran dalam menguruskan program-program komuniti

CARA MOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda boleh hantar permohonan melalui alamat atau email dinyatakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Resume beserta gambar berukuran passport yang terkini
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil
  • Dokumen-dokumen sokongan

Permohonan mestilah dihantar ke alamat berikut:

  • PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGER PULAU PINANG
    ARAS 6, BANGUNAN PERSEKUTUAN, JALAN ANSON
    10400 PULAU PINANG
    NO. TELEFON: 042274993

ATAU

  • Email kepada: ppwnpenang@jpw.gov.my

Hanya calon yang terpilih selepas saringan sahaja akan dihubungi oleh urus setia untuk sesi temuduga pada 23 November 2022.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma