Tawaran Jawatan Pembantu Arkib Di Arkib Negara Malaysia, Mohon Dengan Minima SPM

Lepasan SPM atau graduan yang berminat nak bekerja dalam Perkhidmatan Awam boleh mohon jawatan kosong yang ditawarkan di Arkib Negara Malaysia. Arkib Negara Malaysia menawarkan jawatan kosong sebagai Pembantu Arkib kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas yang berminat.

Permohonan mestilah dibuat melalui laman permohonan SPA9 dalam tempoh permohonan dibuka. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan melepasi tapisan dan dipanggil untuk ujian seterusnya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Arkib Negara Malaysia
  • Nama Jawatan: Pembantu Arkib S19
  • Kekosongan: 3 kekosongan & 10 simpanan
  • Tarikh tutup: 16 November 2022

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00)
    atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40)
    atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80)

TUGAS PEMBANTU ARKIB

Tugas seorang Pembantu Arkib adalah:

Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 3

Pergi ke bahagian SPM/ Setarah . Pilih jawatan Pembantu Arkib S19 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

Cara Mohon Kerja Pegawai Siasatan Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

Selamat memohon!

IKLAN JAWATAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma