Tawaran Jawatan Kosong Di Jabatan Arkib Negara Malaysia Terbuka Buat Graduan

Lepasan SPM atau graduan yang berminat nak bekerja dalam Perkhidmatan Awam boleh mohon jawatan kosong yang ditawarkan di Jabatan Arkib Negara Malaysia. Jabatan Arkib Negara Malaysia menawarkan jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Arkib dan Pegawai Arkib kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas yang berminat.

Permohonan mestilah dibuat melalui laman permohonan SPA9 dalam tempoh permohonan dibuka. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan melepasi tapisan dan dipanggil untuk ujian seterusnya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Arkib Negara Malaysia
  • Nama Jawatan: Pegawai Arkib S41 & Penolong Pegawai Arkib S41
  • Tarikh tutup: 13 Februari 2023

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Pegawai Arkib S41

  • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

Penolong Pegawai Arkib S29

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95);

DESKRIPSI TUGAS

Pegawai Arkib S41

Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

Penolong Pegawai Arkib S29

Menguruskan sumber perolehan bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/persendirian, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan penurunan taraf rekod-rekod yang terperingkat, aktiviti sebaran dan pengumpulan maklumat serta urusan pentadbiran dan kewangan.

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 3

Pilih jawatan berkaitan dan Klik +Tambah.

Cara Mohon Kerja Pegawai Siasatan Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

Selamat memohon!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma