Tawaran Pelatih Pengurusan Inovasi Sosial Di Yayasan Inovasi Malaysia Terbuka Buat Graduan

Graduan yang memiliki kelayakan seperti yang dicari dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik boleh cuba mohon tawaran Pelatih Pengurusan Inovasi Sosial yang ditawarkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berwibawa, berintegriti, berkelayakan, dinamik, kreatif dan inovatif untuk mengisi kekosongan jawatan Pelatih Pengurusan Inovasi Sosial dalam bidang seperti yang diiklankan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan pelatih yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
  • Nama jawatan: Pelatih Pengurusan Inovasi Sosial
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Tarikh kemasukan: 1 Ogos 2022
  • Tarikh tutup permohonan: 14 Julai 2022 (Khamis)

BIDANG DITAWARKAN

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) memerlukan Pelatih Pengurusan Inovasi Sosial dalam bidang berikut:

  • Pengurusan Program
  • Perundangan
  • Komunikasi Korporat/ Pereka Grafik
  • Teknologi Maklumat

FAEDAH PELATIH

Calon yang berjaya mendapat penempatan sebagai pelatih di YIM akan menerima faedah- faedah berikut:

  • Elaun RM1,500 sebulan
  • Cuti tahunan sebanyak 12 hari
  • Potongan caruman EPF dan SOCSO
  • Kontrak 1 tahun tertakluk kepada prestasi

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran jawatan pelatih adalah terbuka kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 25 tahun
  • Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Projek/ Kesetiausahaan/ Pentadbiran Korporat/ Undang-undang/ Komunikasi Korporat/ Multimedia/ Pereka Grafik/ Teknologi Maklumat dan berkaitan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh bekerja secara berpasukan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan tawaran di atas dan berkelayakan seperti dinyatakan, pastikan anda buat permohonan sebelum 14 Julai 2022. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar:

  • Surat Permohonan; dan
  • Resume

Hantarkan dokumen tersebut ke alamat email berikut:

  • jobs@yim.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma