Cara Mohon Jawatan Pegawai Pertahanan Awam APM Terbuka Buat Graduan
Berminat nak jadi salah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia? Berita baik buat semua graduan dari pelbagai bidang! APM kini membuka peluang kerja kosong bagi pengambilan calon jawatan Pegawai Pertahanan Awam KP41.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) dengan mudah. Untuk mohon pengambilan yang dibuka ini, pastikan anda mohon selewat-lewatnya pada 15 September 2021.
Nak tahu info lanjut berkenaan jawatan kosong di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang ditawarkan dan panduan buat permohonan, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM)
- Nama Jawatan: Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
- Kekosongan: 8 kekosongan & 20 simpanan
- Tarikh tutup: 15 September 2021
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
(ii)bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,081.00);atau
(iii)ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00).
SYARAT FIZIKAL DAN PANCAINDERA
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
DESKRIPSI TUGAS
Tugas seorang Pegawai Pertahanan Awam adalah:
Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.
CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian IJAZAH . Pilih jawatan Pegawai Pertahanan Awam KP41 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!