Cara Mohon Jawatan MySTEP Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA Melalui Email

Anda graduan atau lepasan sekolah yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2023.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan NADMA dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon akan ditempatkan di pelbagai bahagian mengikut jawatan seperti diiklankan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Nama jawatan: MySTEP (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat)
  • Tarikh tutup permohonan: 10 Februari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelyakan seperi berikut:

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat/ kejuruteraan perisian/ kejuruteraan komputer/ kejuruteraan sistem yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan
  • Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum
  • Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri
  • Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin

DESKRIPSI TUGAS

  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan/ framework seperti PHP, Javascript, HTML, CSS, Bootstrap, Jquery, Joomla dan Laravel
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data seperti MySQL
  • Mengumpul maklumat keperluan pembangunan aplikasi mengikut keperluan sistem dan Validasi test script bagi Use Acceptance Test (UAT) dan Final Acceptance Test (FAT) bagi memastikan ia memenuhi objektif dan keperluan SRS

CARA MOHON

Bagi calon-calon yang berminat dan berkelayakan, anda mestilah hantarkan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum atau pada 10 Februari 2023:

  • Surat Permohonan jawatan
  • Resume terkini beserta gambar berwarna
  • Salinan sijil berkaitan (Ijazah/ Diploma/ SPM)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Vaksinasi

Sila emelkan permohonan kepada alamat emel berikut:

  • hr@nadma.gov.my
  • nurema@nadma.gov.my

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga secara atas talian.

IKLAN JAWATAN

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma