Cara Mohon Jawatan MySTEP Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN)

Lembaga Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan MySTEP seperti yang diiklankan. Kekosongan jawatan MYSTEP yang ditawarkan adalah bagi penempatan di Negeri Sembilan.

Lepasan sekolah dan graduan yang berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan dengan menghantar borang permohonan ke alamat yang dinyatakan sebelum 5 Ogos 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

  • Nama majikan: Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
  • Nama jawatan: Personel MySTEP
  • Penempatan: Negeri Sembilan
  • Tempoh perkhidmatan: 1 September 2022 hingga 31 Disember 2022
  • Tarikh tutup permohonan: 5 Ogos 2022 (Jumaat)

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan MySTEP di LPPKN dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web http://www.lppkn.gov.my atau Facebook LPPKN Negeri Sembilan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada alamat berikut dan tulisan nama jawatan yang dimohon pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.

  • Pusat Keluarga LPPKN Seremban 2,
    Persiaran S2/B3, 70300 Seremban,
    Negeri Sembilan
    (u.p.:Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam)

Permohonan yang tidak lengkap/ lewat akan ditolak. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma