Cara Mohon Jawatan Kosong Di Majlis Sukan Negara Dengan Minima SKM & SPM
Panggilan buat lepasan sekolah dan graduan yang sedang mencari peluang pekerjaan! Majlis Sukan Negara Malaysia sedang membuka peluang kekosongan jawatan yang mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kontrak seperti diiklankan.
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen dinyatakan melalui alamat atau email selewat-lewatnya 30 Disember 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Majlis Sukan Negara
- Taraf jawatan: Kontrak
- Nama jawatan: Pembantu Teknikal (Sivil) & Pembantu Teknikal (Elektrikal)
- Penempatan: Akademi Bola Sepak Mokhtiar Dahari, Gambang, Pahang
- Tarikh tutup permohonan: 30 Disember 2022 (Jumaat)
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
Pembantu Teknikal (Elektrik)
- Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Sijil perakuan Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal (PW1/PW2) yang diiktiraf dan berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga; dan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
- keutamaan diberikan kepada calon berpengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun
Pembantu Teknikal (Sivil)
- Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
- keutamaan diberikan kepada calon berpengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun
DESKRIPSI TUGAS
Pembantu Teknikal (Elektrik)
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas penyelenggaraan dan operasi berkaitan elektrik di dalam dan luar bangunan pejabat termasuk peralatan, perkakasan dan mesin.
Pembantu Teknikal (Sivil)
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas penyelenggaraan dan operasi aset dan bangunan termasuk peralatan, perkakasan dan mesin.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh buat permohonan yang lengkap dengan kemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan sijil-sijil akademik Ijazah/ Diploma/ STPM/ SPM/ SPVM/ PMR/PT3 atau setaraf
- Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Kad Pengenalan
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewa-lewatnya 30 Disember 2022 melalui alamat berikut:
- Emel: recruitment@nsc.gov.my
ATAU
- MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Cawangan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Permohonan yang dihantar melalui pos hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.