Permohonan Tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) KPM Ambilan 2022 Kini Dibuka

Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan kemudahan Program Penajaan/Cuti Belajar KPM kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk mengikuti pengajian pascasiswazah (ijazah sarjana dan kedoktoran) sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau di luar negara mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

Program Penajaan/Cuti Belajar KPM ini merupakan salah satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu dalam bidang yang diperlukan oleh KPM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tajaan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Hadiah Latihan persekutuan (HLP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM ambilan tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 24 Disember 2021 – 21 Januari 2022 (Jumaat) Jam 5 petang

PROGRAM PENAJAAN/ CUTI BELAJAR KPM

Antara Program Penajaan/Cuti Belajar KPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

  • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB);
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
  • HLP bagi Program Ijazah Kedoktoran Pendidikan (EdD);
  • HLP bagi Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA]; dan
  • Hadiah Latihan Persekutuan bagi Program Khas Yang Menyokong Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

PPP yang berjaya ditawarkan HLP akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ā€˜Cā€™ Perkara 36. Sepanjang tempoh cuti belajar ini, PPP mengisi Jawatan Latihan BT, KPM. Tempoh cuti belajar ini layak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan. PPP juga layak untuk menerima elaun biasiswa serta penajaan yuran pengajian.

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN/ CUTI BELAJAR KPM

Permohonan boleh dibuat bagi PPP yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

PROSES PERMOHONAN HLP & HLPS

Berikut adalah proses permohonan yang terlibat untuk permohonan HLP dan HLPS bagi PPP KPM:

PPP yang berminat hendaklah memohon secara dalam talian sepenuhnya di pautan seperti yang berikut:

Permohonan yang TIDAK MENEPATI SYARAT yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang TIDAK BENAR, TIDAK LENGKAP ATAU BORANG PERMOHONAN YANG LEWAT DITERIMA tidak akan dipertimbangkan. Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temu duga.

PPP hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja dalam tempoh tawaran permohonan ini dibuka. Sebarang pindaan pada permohonan yang telah dihantar tidak akan dilayan.

Untuk maklumat lanjut dan lihat soalan-soalan lazim, anda boleh rujuk di bawah:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma