Majlis Bandaraya Johor Bahru Buka Tawaran Pelbagai Jawatan Kosong. Ini Cara Mohon

Anda rakyat Negeri Johor dan masih mencari pekerjaan? Majlis Bandaraya Johor Bahru kini membuka peluang pelbagai jawatan kosong kepada rakyat Johor yang berumur 18 tahun ke atas dan berminat dengan bidang tugas jawatan yang ditawarkan.

Warganegara Malaysia adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga tahun berturut-turut.

Dapatkan info lanjut jawatan ditawarkan dan panduan membuat permohonan di perkongsian bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Majlis Bandaraya Johor Bahru
  • Taraf jawatan: Tetap
  • Jenis jawatan: Pelbagai jawatan
  • Tarikh tutup permohonan: 2 Jun 2021

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dimohon:

  • Penolong Jurutera JA29
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
  • Penolong Juruaudit W29
  • Pembantu Penguatkuasa KP19

Gaji ditawarkan bagi setiap jawatan adalah seperti berikut:

Majlis Bandaraya Johor Bahru Buka Tawaran Pelbagai Jawatan Kosong. Ini Cara Mohon

SYARAT LANTIKAN

Hanya pemohon yang terdiri daripada Warganegara Malaysia sahaja layak untuk mohon. Semak syarat lantikan bagi setiap jawatan di bawah:

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu diakui sah dan dihantar bersama borang permohonan:

  • salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • salinan transkrip pengajian;
  • salinan sijil Diploma/Ijazah;
  •  salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah);
  • salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
  • salinan Lesen Kelas Memandu;
  • salinan kad pengenalan;
  • salinan sijil kelahiran; dan
  • gambar berukuran pasport terbaru.

CARA MOHON

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 8, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my. Anda juga boleh klik butang di bawha untuk muat turun borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN JAWATAN MBJB

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan yang diperakui sah ke alamat berikut:

  • Datuk Bandar
    Majlis Bandaraya Johor Bahru
    No.1 Jalan Lingkaran Dalam Bukit Senyum,
    80300 Johor Bahru

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma