Cara Mohon Jawatan Kosong YADIM Terbuka Buat Lepasan SPM, Diploma, STPM & Ijazah

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti yang ditawarkan. Tawaran adalah terbuka kepada warganegara Malaysia dan merupakan lepasan SPM, Diploma, STPM ataupun Ijazah Sarjana Muda.

Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan bertaraf sambilan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online  di google form yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
  • Nama jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
  • Taraf jawatan: Sambilan
  • Kadar Upah: RM54 hingga RM100 (mengikut kelayakan)
  • Tarikh tutup permohonan: 3 Disember 2021 sebelum jam 5 petang

SYARAT LANTIKAN

Permohonan dibuka kepada individu yang memenuhi syarat lantikan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Gred 41 (1 kekosongan) – Kadar Upah RM100 sehari
    – Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Gred 29 ( 1 kekosongan) – Kadar Upah RM72 sehari
    – Diploma/ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Gred 19 (2 kekosongan) – Kadar Upah RM54 sehari
    – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Keutamaan bagi yang memiliki pengalaman kerja-kerja akaun/ mempunyai sijil akaun/ kewangan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 3 Disember 2021 jam 5 petang. Permohonan jawatan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang di pautan berikut:

Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga. Segala perbelanjaan bagi urusan temuduga adalah di bawah tanggungjawab pemohon sendiri.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma