Cara Mohon Pelbagai Jawatan Kosong Di Universiti Malaya (UM) Gred 11, 19, 29 & 41

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk kekosongan jawatan-jawatan kosong ditawarkan di Universiti Malaya (UM). Calon boleh buat permohonan jawatan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah.

Pelbagai jawatan kosong kini dibuka kepada orang ramai dari pelbagai latar belakang pendidikan terutama buat golongan graduan. Calon yang berminat boleh buat permohonan secara dalam talian melalui sistem perjawatan UM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan kosong di UM dan panduan lengkap membuat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Universiti Malaya (UM)
  • Taraf jawatan: Tetap/ Kontrak
  • Kumpulan: Bukan Akademik Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Eksekutif) & Pelaksana (Operasi)
  • Tarikh tutup permohonan: 21 Ogos 2022 (Ahad)

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan di Universiti Malaya (UM) yang ditawarkan:

  • Pegawai Pergigian Gred YG 41
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  • Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
  • Penolong Pegawai Sains Gred C29
  • Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  • Juruteknik Komputer Gred FT19
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19
  • Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  • Pembantu Operasi Gred N11

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
  • Permohonan yang tidak dihantar melalui saluran yang ditetapkan atau diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

Semakan syarat kelayakan bagi setiap jawatan ditawarkan boleh dibuat melalui laman permohonan jawatan.

CARA MOHON

Sekiranya anda ingin buat permohonan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara dalam talian melalui laman berikut:

Pemohon boleh memohon 3 jawatan sahaja dalam satu iklan. Pemohon juga dibenarkan menukar atau mengemaskini jawatan yang diiklankan sebanyak 3 kali dalam tempoh iklan dibuka sahaja. Sebarang perubahan jawatan yang dipohon selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

Pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi pada bila-bila masa dan hanya data pada tarikh tutup sesuatu iklan sahaja yang akan digunakan sebagai maklumat sebenar calon.

TEMPOH SAH LAKU data calon dalam sistem e-Recruitment adalah selama satu (1) tahun. Jika tiada proses kemaskini rekod atau permohonan baru dalam tempoh setahun, data pemohon akan secara automatik dipadamkan dari rekod. Selepas tamat tempoh sah laku, sekiranya pemohon ingin memohon jawatan di Universiti Malaya, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mendaftar semula dalam Sistem e-Recruitment.

CALON YANG DIPANGGIL TEMUDUGA

Pemohon yang berjaya disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga diminta membawa bersama:

  • satu (1) salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan bersama dokumen asal;
  • satu (1) salinan Sijil Lahir yang telah disahkan bersama dokumen asal;
  • satu (1) salinan Resume yang telah dicetak dari sistem e-recruitment semasa permohonan dibuat;
  • satu (1) salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan bersama dokumen asal;
  • satu (1) salinan sijil-sijil lain yang berkenaan yang telah disahkan bersama dokumen asal; dan
  • Borang Pengesahan Ketua Jabatan – Lampiran Y bersama kenyataan perkhidmatan, borang Penilaian Prestasi terkini dan surat sokongan dari Ketua Jabatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sahaja)

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma