Iklan Jawatan Kosong SPA Malaysia

Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon dan mengisi kekosongan jawatan tetap dan kontrak seperti yang diiklankan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan dan cara untuk membuat permohonan.

Isi Kandungan

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: JPA & KKM
  • Lokasi Kekosongan: Seluruh Negeri
  • Tarikh Tutup Permohonan: 21 Jun 2020
  • Jawatan Kosong: Pembantu Tadbir Kewangan W19
  • Bilangan Kekosongan: 235

SYARAT KELAYAKAN

Untuk membuat permohonan, calon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Memiliki dua (2) subjek Kepujian (termasuk subjek Bahasa Melayu dan salah satu daripada subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan dan empat subjek Lulus dalam SPM; atau
  • Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau peringkat Tertinggi (Perakaunan) dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CIRI-CIRI DIPERLUKAN

Calon mestilah memenuhi ciri-ciri berikut:

  • Berpewatakan menarik
  • Berpengetahuan
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain

CARA MEMOHON

Permohonan untuk jawatan kosong yang ditawarkan di atas boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi JPA. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat dan membuat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 21 Jun 2020.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Klik butang di bawah untuk ke portal Rasmi JPA untuk membuat permohonan.

mohon sekarang

Iklan Jawatan Kosong SPA Malaysia

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma