Syarat & Cara Mohon Jawatan Konstabel Polis YT1 PDRM Guna Sijil PMR/ PT3/ SPM

Berminat nak jadi salah seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Bagi warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sertai mempunyai kelayakan akademik MINIMA PMR/PT3, anda boleh mohon jawatan sebagai Konstabel Polis Gred YT1 tau!

Permohonan bagi calon yang berminat boleh dibuat melalui laman permohonan khas yang disediakan, iaitu e-Pengambilan. Calon diminta untuk semak syarat-syarat kelayakan disenaraikan dibawah sebelum memohon jawatan kosong PDRM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui syarat-syarat kelayakan dan cara membuat permohonan jawatan Konstabel Polis YT1.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Polis Diraja Malaysia
  • Nama jawatan: Konstabel Polis YT1
  • Kelayakan: Minima PMR/PT3
  • Tempoh permohonan: 12 Januari 2023 hingga 25 Januari 2023

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan.

Syarat Umum

  • Terdiri dari Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online

Syarat Kelayakan Akademik

  • Lulus PMR/PT3 dengan kepujian dalam Bahasa Melayu sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan lulus 4 mata pelajaran lain termasuk Matematik

Syarat Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 cm (lelaki)& 157 cm (wanita) tanpa bersepatu ;
  • Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja);
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

DESKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi:

  • Jabatan Pengurusan,
  • Cawangan Khas
  • Jabatan Siasatan Jenayah,
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
  • Jabatan Logistik dan Teknologi,
  • Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard ,
  • Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik serta
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Antara elaun dan kemudahan yang disediakan bagi pemegang jawatan ini adalah:

  • Elaun Tetap Perumahan : RM 300
  • Elaun Cola : RM100 – RM 350
  • Elaun Khidmat Awam : RM 115
  • Elaun Khas PDRM : RM 200
  • Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
  • Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.

CARA MEMOHON

Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YT1 boleh dilakukan secara atas talian dalam tempoh permohonan dibuka dengan ikut langkah berikut:

  1. Layari laman web ePengambilan PDRM
  2. Untuk permohonan kali pertama, pemohon mestilah daftar akaun dengan membuat Pendaftaran Baru
    Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 PDRM Kini Dibuka Bagi Lepasan SPM / SVM
  3. Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap dan pastikan alamat email yang digunakan adalah email yang aktif
  4. Setelah selesai pendaftaran, log masuk seperti biasa
  5. Buat permohonan jawatan yang ditawarkan

Untuk pernyataan lanjut mengenai penawaran jawatan, anda boleh terus ajukan ke Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia di Talian Help Desk 03 2266 8345 / 8350 / 8351.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma