Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Panduan Mohon Pelbagai Jawatan Kosong MADA Dengan Kelayakan PMR/PT3/ SPM/ STPM/ Diploma

Oleh Cikgu Shaari • July 21, 2022 • 2 min baca

Panduan Mohon Pelbagai Jawatan Kosong MADA Dengan Kelayakan PMR/PT3/ SPM/ STPM/ Diploma
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kini membuka kekosongan pelbagai jawatan bertaraf tetap buat lepasan sekolah dan graduan yang sedang mencari peluang untuk bina kerjaya! Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman e-perjawatan MADA yang disediakan khas untuk permohonan jawatan di MADA.

Permohonan mestilah dihantar dalam tempoh ditetapkan dengan mendaftar dan melengkapkan maklumat di ruangan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan jawatan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Taraf jawatan: Tetap
  • Jumlah kekosongan: 45 kekosongan
  • Tarikh tutup: 4 Ogos 2022

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang ditawarkan:

  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
  • Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
  • Pembantu Awam H11
  • Pembantu Operasi N11

SYARAT KELAYAKAN

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan dinyatakan sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun
  • Memenuhi syarat kelayakan mengikut jawatan

Anda boleh semak syarat kelayakan bagi setiap jawatan ditawarkan di bawah:

SYARAT KELAYAKAN JAWATAN MADA

CARA MOHON JAWATAN MADA

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan berkelayakan, anda boleh buat permohonan melalui laman e-Perjawatan MADA dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web http://e-perjawatan2.mada.gov.my/
  2. Bagi yang belum pernah daftar, pergi ke butang Klik Untuk Daftar Baru untuk daftar akaun
  3. Lengkapkan maklumat sehingga selesai dan hantar permohonan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ditawarkan, anda boleh hubungi talian 04 772855 atau email ke alamat hrmada@mada.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.