Panduan Mohon Pelbagai Jawatan Kosong MADA Dengan Kelayakan PMR/PT3/ SPM/ STPM/ Diploma
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kini membuka kekosongan pelbagai jawatan bertaraf tetap buat lepasan sekolah dan graduan yang sedang mencari peluang untuk bina kerjaya! Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman e-perjawatan MADA yang disediakan khas untuk permohonan jawatan di MADA.
Permohonan mestilah dihantar dalam tempoh ditetapkan dengan mendaftar dan melengkapkan maklumat di ruangan yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan jawatan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
- Taraf jawatan: Tetap
- Jumlah kekosongan: 45 kekosongan
- Tarikh tutup: 4 Ogos 2022
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senarai jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang ditawarkan:
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
- Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
- Pembantu Awam H11
- Pembantu Operasi N11
SYARAT KELAYAKAN
Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan dinyatakan sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun
- Memenuhi syarat kelayakan mengikut jawatan
Anda boleh semak syarat kelayakan bagi setiap jawatan ditawarkan di bawah:
CARA MOHON JAWATAN MADA
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan berkelayakan, anda boleh buat permohonan melalui laman e-Perjawatan MADA dengan ikut langkah berikut:
- Pergi ke laman web http://e-perjawatan2.mada.gov.my/
- Bagi yang belum pernah daftar, pergi ke butang Klik Untuk Daftar Baru untuk daftar akaun
- Lengkapkan maklumat sehingga selesai dan hantar permohonan
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ditawarkan, anda boleh hubungi talian 04 772855 atau email ke alamat hrmada@mada.gov.my.