Tawaran Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Dibuka Buat Lepasan SPM & Graduan

Panggilan buat lepasan SPM dan graduan dari pelbagai bidang pengajian yang sedang mencari kerja! Peluang bekerja di Lembaga Getah Malaysia kini dibuka buat individu yang berminat sehingga 6 Januari 2023.
Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam pelbagai jawatan bertaraf kontrak dan tetap yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Lembaga Getah Malaysia
- Jenis Jawatan: Pelbagai jawatan
- Lokasi Kekosongan: Seluruh Malaysia
- Taraf Jawatan: Kontrak/ Tetap
- Tarikh Tutup Permohonan: 6 Januari 2023
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan:
- Pegawai Tadbir (Psikologi) Gred N44/ 48
- Pegawai Penyelidik Q41/ 43/ 47/51/ 53
- Pegawai Teknologi Maklumat F41
- Pegawai Tadbir N41
- Akauntan WA41
- Penolong Jurutera JA29
- Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
- Penolong Pegawai Tadbir N29
- Penolong Pegawai Tadbir (Audit) N29
- Penolong Pegawai tadbir (Penerbitan) N29
- Setiausaha Pejabat N29
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
- Pegawai Khidmat Pelanggan N19
- Pembantu Penyelidik Q41
- Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
- Pengawal Keselamatan KP11
SYARAT UMUM
Hanya pemohon yang memenuhi syarat umum berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; atau
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
CARA MOHON
Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara dalam talian melalui pautan disediakan berikut:
Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan. Permohonan tidak perlu dicetak/ dipos ke LGM. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.