Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian GENIUS
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian GENIUS kini membuka jawatan kosong bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir sehingga 24 Jun 2020.
Calon yang merupakan warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon dan mengisi kekosongan jawatan tetap dan kontrak seperti yang ditawarkan.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan cara untuk membuat permohonan jawatan yang diiklankan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian GENIUS
- Lokasi Kekosongan: Putrajaya
- Kekosongan Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Kumpulan: Pelaksana
- Status: Kontrak
- Tarikh Tutup: 24 Jun 2020
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Calon bagi lantikan hendaklah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun daripada tarikh tutup iklan jawatan
- Calon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM
- Mempunyai syarat kelayakan pendidikan berikut:
i) Memiliki Diploma dalam bidang pentadbiran awam/ teknologi maklumat/ sains komputer/ kejuruteraan komputer atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ATAU
ii) Memiliki diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh pengalaman dalam merekabentuk sistem, membangunkan perisian dan memiliki pengetahuan dalam pengaturcaraan.
DESKRIPSI TUGAS
Deskripsi tugas jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Menjalankan tugas pentadbiran dalam proses penilaian jaminan kualiti
- Menyelenggara sistem atas talian jaminan kualiti
CARA MEMOHON
Jika anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh kemukakan resume anda kepada alamat email berikut:
- asimah@moe.gov.my
Permohonan mestilah dibuat sebelum atau pada tarikh tutup yang ditetapkan iaitu 24 Jun 2020 (Rabu). Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.