Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam (JPA) Pegawai PTD Ambilan 2020

Permohonan jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam(JPA) bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ambilan 2020 kini dibuka.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat lantikan yang ditetapkan untuk mengisi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred 41.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut beserta syarat lantikan serta cara membuat permohonan.

IKLAN PERMOHONAN PTD AMBILAN 2020

Berikut adalah iklan jawatan kosong bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ambilan 2020 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam (JPA) Pegawai PTD Ambilan 2020

CIRI-CIRI CALON YANG DIPERLUKAN

Kami sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

  • Keterampilan yang baik;
  • Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
  • Bakat kepimpinan;
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
  • Kelayakan yang sesuai dengan jawatan.

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
    • ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
    • ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
      dan
  3. lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
  4. hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

IJAZAH (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

Pemilihan kadet pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) bagi mengikuti kursus Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam Sesi 2021 (Jabatan Perkhidmatan Awam)

  • Jumlah Kekosongan : 400
  • Jumlah Simpanan : 50

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum 27 Julai 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

CARA MEMOHON

Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di Portal SPA. Klik butang di bawah untuk membuat permohonan.

IKLAN JAWATAN PTD

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma