Cara Mohon Jawatan Kosong Di Jabatan Peguam Negara Terbuka Buat Graduan
Lepasan graduan yang berminat nak bekerja dalam Perkhidmatan Awam boleh mohon jawatan kosong yang ditawarkan di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Jabatan Peguam Negara menawarkan jawatan kosong sebagai Pegawai Undang-undang Gred L41 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas yang berminat.
Permohonan mestilah dibuat melalui laman permohonan SPA9 dalam tempoh permohonan dibuka. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan melepasi tapisan dan dipanggil untuk ujian seterusnya.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Jabatan Peguam Negara
- Nama Jawatan: Pegawai Undang-Undang Gred L41
- Kekosongan: 44 kekosongan & 250 simpanan
- Tarikh tutup: 7 Disember 2022
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau - Sijil Amalan Guaman.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau - Barrister-at-law-England.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau - Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00)
CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pilih jawatan BERKAITAN di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!
IKLAN JAWATAN