Tawaran Jawatan Kosong Tetap Di FAMA Seluruh Negara
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Sekiranya berminat nak berkhidmat dengan FAMA bagi jawatan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan jawatan sebelum 24 Oktober 2022. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang permohonan ke alamat dinyatakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Taraf jawatan: Tetap
- Tempoh percubaan: 1-3 tahun
- Penempatan: Pejabat FAMA Seluruh Malaysia (mengikut kekosongan)
- Tarikh tutup permohonan: 24 Oktober 2022
NAMA JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan ditawarkan:
- Pegawai Ehwal Ekonomi E41
- Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Pemegang ijazah sarjana muda / diploma dalam bidang berkaitan.
- Pegawai sedang berkhidmat yang layak di bawah Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) hendaklah :
i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau
iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Semak syarat kelayakan bagi setiap jawatan di laman ePerjawatan.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan jawatan melalui laman ePerjawatan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ditawarkan, anda boleh hubungi Unit Pelantikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03 61262020.