Cara Mohon Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat DBKL Dengan Minima SPM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini membuka tawaran jawatan kosong khas buat lepasan SPM atau Graduan yang masih mencari pekerjaan. Permohonan kini dibuka secara atas talian kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan.
Jawatan ditawarkan adalah berstatus kontrak dan tetap. Lepasan SPM dan graduan di luar sana, jangan lepaskan peluang ini, mohon sekarang! Anda hanya perlu gunakan kelayakan minima SPM sahaja untuk mohon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan, senarai jawatan dan cara membuat permohonan jawatan di DBKL.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Taraf Jawatan: Kontrak/Tetap
- Tarikh Permohonan: 25 Jun 2022
JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah jawatan kosong yang ditawarkan oleh DBKL:
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
CARA MEMOHON
Orang ramai yang berminat untuk mohon jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh mohon sekarang dengan langkah berikut:
- Pergi ke laman https://career.dbkl.gov.my/
- Log Masuk bagi yang sudah ada akaun. Klik Daftar Sekarang bagi yang belum pernah mendaftar.
- Klik pada mana-mana jawatan yang anda berminat
- Maklumat jawatan beserta syarat kelayakan akan dipaparkan
- Klik MOHON SEKARANG
- Lengkapkan maklumat yang diminta sehingga selesai
Pemohon yang disenaraipendek untuk sesi temuduga akan dimaklumkan melalui email. Anda diminta untuk sentiasa alert dengan setiap pengumuman oleh pihak DBKL berkenaan semakan permohonan jawatan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://career.dbkl.gov.my/ atau laman Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.