Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran RM3,000 Untuk Jawatan Jurutidur Profesional Di Malaysia, Anda Hanya Perlu Tidur

Oleh Cikgu Shaari • July 14, 2020 • 2 min baca

Tawaran RM3,000 Untuk Jawatan Jurutidur Profesional Di Malaysia, Anda Hanya Perlu Tidur
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pernah tak anda terfikir jawatan jurutidur wujud? Jika anda rasa ianya tidak logik, kini ianya menjadi kenyataan. Sebelum ini ada syarikat di luar negara yang menawarkan jawatan ini, namun kini syarikat di Malaysia juga menawarkan pekerjaan untuk pekerjaan tidur!

Get Paid To Sleep

Sebuah syarikat tilam tempatan Sonno Malaysia Sdn. Bhd. mencari seorang pekerja jawatan ‘Eksekutif Tidur’ menerusi kempen ‘Get Paid to Sleep’. Syarikat ini mencari pekerja untuk tidur di atas tilam mereka selama 8 jam sehari bagi tempoh 100 malam.

Dengan hanya tidur, pekerjaan ini menawarkan ganjaran sehingga RM3,000! Jika anda seorang yang suka tidur, inilah masanya anda mencuba peluang ini. Hanya letakkan kepala di bantal dan tidur sahaja untuk melayakkan anda menerima ganjaran wang sebagai gaji.

Maklumat Jawatan

Berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan:

  • Status jawatan: Kontrak (1 September – 10 December 2020)
  • Ganjaran: RM3,000
  • Tilam Sonno Lite dan bantal akan disediakan oleh pihak syarikat, anda hanya perlu sediakan bilik tidur dan katil sahaja

Jobscope Kerja

Bidang pekerjaan yang perlu anda lakukan adalah:

  • Tempoh tidur adalah 8 jam bagi setiap malam.
  • Tugas selama 100 hari bermula pada 1 September hingga 10 Disember 2020.
  • Anda perlu tulis report tentang pengalaman tidur menggunakan tilam tersebut.
  • Rekod dan hantar dua video berdurasi 30 saat setiap minggu kepada pihak syarikat.

Apa yang paling best, tilam dan bantal yang disediakan akan menjadi hak milik anda.

CARA MEMOHON JAWATAN

Jika anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda sudah boleh mula membuat permohonan sekarang sehingga tarikh tutup iaitu 31 Julai 2020. Lengkapkan permohonan dan nyatakan sebab kenapa anda perlu dipilih untuk menjadi jurutidur profesional di syarikat mereka.

Klik pautan berikut untuk membuat permohonan:

Tawaran RM3,000 Untuk Jawatan Jurutidur Profesional di Malaysia, Hanya Perlu Tidur

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai jawatan Eksekutif Tidur ini, anda boleh hubungi Sonno Malaysia di talian 016 299 1509/ WhatsApp 018 2288 682 atau emel ke support@sleepsonno.com.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.