Semak Syarat & Cara Mohon Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Bagi Lelaki & Wanita
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka tawaran untuk mengisi jawatan khas buat graduan dari pelbagai bidang. Warganegara Malaysia yang berminat nak bekerja sebagai Inspektor Polis boleh membuat permohonan bagi pengambilan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 apabila permohonan dibuka.
Pengambilan yang dibuka ini adalah untuk calon lelaki dan wanita yang memenuhi syarat kelayakan dan syarat fizikal yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat melalui laman epengambilanpdrm yang disediakan khas untuk memohon jawatan PDRM.
Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan jawatan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- AKAN DIKEMASKINI ( Tertakluk kepada pengambilan semasa)
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Terdiri dari Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh permohonan secara onlina
Kelayakan Akademik:
- Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau - Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,938.39]; - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau - Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau - Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau - Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67]; - Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 163sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu
- Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja). - Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
DESKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. Di antara tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:
- mentadbir, merancang pencegahan jenayah
- menyiasat, menangkap dan mendakwa
- mengatur kawalan trafik
- mengumpul risikan
- menyediakan peralatan dan perhubungan
- rondaan mencegah jenayah
- mengawal, megiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dalam kalangan rakyat dan negara
KELAYAKAN GAJI
- Gaji Minimum: RM2,502.00
- Gaji Maksimum: RM9,803.00
- Kadar Gaji Tahunan: RM230.00
ELAUN & KEMUDAHAN
- Elaun Tetap Perumahan: RM 450
- Elaun Cola: RM100 – RM 350
- Elaun Khidmat Awam: RM 300
- Elaun Khas PDRM: RM 200
- Elaun Seragam: RM 500
- Elaun Istiadat (3 tahun sekali): RM 3050
- Elaun Kasut: RM 300
- Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.
CARA MOHON JAWATAN
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan Inspektor Polis Gred YA13, anda boleh buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut: