Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tiada Ikhtisas Pendidikan Tapi Berminat Nak Jadi Guru/ Pensyarah, Ini Jawatan Anda Kena Mohon

Oleh Cikgu Shaari • January 18, 2023 • 2 min baca

Tiada Ikhtisas Pendidikan Tapi Berminat Nak Jadi Guru/ Pensyarah, Ini Jawatan Anda Kena Mohon
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak jadi pendidikan, pensyarah atau guru? Seperti yang kita tahu jawatan sebagai guru dalam SPP dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41. Namun ramai yang tak tahu bahawa jawatan tersebut hanya LAYAK dimohon oleh graduan yang mempunyai kelayakan dalam ikhtisas pendidikan sahaja.

Menurut perkongsian seorang calon yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan tetapi mohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41, calon ini dimaklumkan melalui email bahawa TIDAK LAYAK DILANTIK ke jawatan tetap sebagai PPP Gred DG41 disebabkan tidak memiliki kelayakan yang ditetapkan.

Jika tiada ikhtiasas pendidikan, jawatan apa yang boleh dimohon untuk jadi pensyarah atau guru? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasannya.

TIADA IKHTISAS PENDIDIKAN, TAK PERLU MOHON JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Calon yang berminat nak jadi guru tetapi TIADA ikhtisas pendidikan dinasihatkan untuk:

  • TIDAK PERLU mohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Menurut perkongsian seorang calon yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan tetapi mohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41, calon ini dimaklumkan melalui email bahawa TIDAK LAYAK DILANTIK ke jawatan tetap sebagai PPP Gred DG41 disebabkan tidak memiliki kelayakan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2016.

Berikut adalah contoh email yang diterima berkenaan status TIDAK LAYAK DILANTIK sebagai PPP GRed DG41:

TIADA IKHTISAS PENDIDIKAN, INI JAWATAN YANG BOLEH DIMOHON

Jika anda tiada ikhtisas pendidikan anda tidak perlu mohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41, sebaliknya anda boleh mohon jawatan:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi DH41 (Pensyarah); atau
  • Guru DG41 Contract Of Service (Cos) yang dulu dikenali sebagai guru interim

Permohonan bagi jawatan-jawatan tersebut boleh dibuat apabila iklan permohonan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dibuka.

Ramai yang taktahu sebenarnya sekiranya anda ada kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bukan pendidikan pun anda boleh jadi pensyarah.

Dengan syarat, kelayakan anda mestilah sesuai dengan bidang jawatan yang dimohon. Permohonan bagi menjadi pensyarah di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti boleh dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang membuka peluang jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41/DH29.

Semak: Senarai Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan Yang Boleh Mohon Jadi Pensyarah Mengikut Bidang

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.