Cara Mohon Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan KKM (Atendan Hospital) Guna PMR/PT3
Berita baik buat warganegara Malaysia yang memegang sijil kelayakan MINIMA PMR/PT3 atau setaraf yang berminat dengan kerjaya sebagai Atendan Hospital! Kementerian Kesihatan Malaysia kini membuka sebanyak 160 kekosongan jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (Atendan Hopspital).
Tawaran jawatan dibuka di seluruh Malaysia. Orang ramai yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk buat permohonan sekarang. Permohonan dibuka sehingga 9 Oktober 2022 melalui laman SPA9.
Jika berminat, ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan jawatan Atendan Hospital KKM.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung & Sarawak)
- Nama Jawatan: Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
- Jumlah Kekosongan: 80 (Sabah) & 200 (Sarawak)
- Jumlah Simpanan: 80 (Sabah) & 200 (Sarawak)
- Tarikh Tutup: 9 Oktober 2022
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred U11 : RM1,204.00)
DESKRIPSI TUGAS
Tugas seorang Pembantu Perawatan Kesihatan seperti dinyatakan adalah:
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
CARA MOHON
Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian PMR/PT3/ Setaraf. Pilih jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!